Demonstrasi Pembuatan Lilin

Pembuatan lilin dari minyak terpakai

Sungai Nadi Kehidupan

Peserta River Ranger membuat ujikaji keatas kebersihan air.

Peserta diberi Penerangan tentang cara cara menguji kebersihan air sungai

Sungai Terpanjang di Malaysia

Sungai Rajang adalah nadi ekonomi rakyat di Sarawak

Monday, 29 April 2013

Guru Penasihat River Ranger

Puan Marzita Jusoh adalah guru penasihat River Ranger SK 2 Taman Keramat. Beliau seorang guru Sains yang berpengalaman di sekolah.

Selamatkan Sungai Kita (Video)


Sebuah Video pendek tentang pemeliharaan sungai yang diterbitkan oleh Puncak Niaga Sdn Bhd. 

Wednesday, 24 April 2013

Pengalaman Ranger Nor Athirah

Nor Athirah 
     
Pada 23 dan 24 April saya dan 5 orang murid sekolah saya  terlibat dalam program River ranger dan Smart Ranger.Kami pergi ke sekolah smk taman melawati.Banyak sekolah yang menyertai  program tersebut

Kami dihidangkan dengan mee hun sebagai sarapan pagi.Selepas makan, kami mendengar ucapan, ceramah serta taklimat.Sebelum kami ke sungai untuk program River Ranger, kami solat terlebih dahulu.

Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan.Kumpulan kami bernama byropyillum.kami ke sungai untuk mengkaji pH,DO,turbity,phosphate dan nirate.

Keesokan harinya,kami ke sungai yang lain untuk mengkaji hidupan sungai .selepas itu kami ke sk klang gate untuk ceramah. Kami berehat dan makan tengahari. Kami berasa sangat seronok dan banyak ilmu pengetahuan yang kami dapat.

Kami berharap agar dapat mengikuti lagi aktiviti seperti  program Smart Ranger dan River Ranger dimasa akan datang.