Nor Athirah |
Pada 23 dan 24 April saya dan 5 orang murid sekolah saya terlibat dalam program River ranger dan Smart Ranger.Kami pergi ke sekolah smk taman melawati.Banyak sekolah yang menyertai program tersebut
Kami dihidangkan dengan mee hun sebagai sarapan pagi.Selepas makan, kami mendengar ucapan, ceramah serta taklimat.Sebelum kami ke sungai untuk program River Ranger, kami solat terlebih dahulu.
Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan.Kumpulan kami bernama byropyillum.kami ke sungai untuk mengkaji pH,DO,turbity,phosphate dan nirate.
Keesokan harinya,kami ke sungai yang lain untuk mengkaji hidupan sungai .selepas itu kami ke sk klang gate untuk ceramah. Kami berehat dan makan tengahari. Kami berasa sangat seronok dan banyak ilmu pengetahuan yang kami dapat.
Kami berharap agar dapat mengikuti lagi aktiviti seperti program Smart Ranger dan River Ranger dimasa akan datang.
0 comments:
Post a Comment